SIBUK menguruskan dua cahaya mata sedikitpun tidak menghalang pelakon jelita, Shima Anuar menitikberatkan aspek penjagaan kulit wajah.
Bicara wanita berusia 28 tahun itu, untuk memiliki kulit mulus, bersih dan berseri, selain mengamalkan gaya hidup sihat pemilihan produk turut memainkan peranan utama. Ia berikutan penggunaan item yang tidak bersesuaian bimbang menjejaskan kondisi kulit wajah kelak.
"Bagi saya, solekan tebal bukan ukuran untuk menilai kecantikan wajah seseorang. Tiada gunanya bersolek, sedangkan kulit kita berada dalam keadaan tidak sihat.
"Atas faktor tersebut, meskipun hanya mengenakan solekan minimalis, saya akan memastikan wajah masih tampak segar dan glow (berseri) sepanjang hari. Rangkaian produk wajah Clinelle Caviar Gold membantu saya," jelas Shima, Duta Produk Clinelle ketika ditemui Femina pada Majlis Pelancaran Clinelle Caviar Gold Treatment Concentrate di Putrajaya baru-baru ini.
Turut hadir ialah Ketua Pegawai Eksekutif merangkap Pengarah Urusan Kumpulan Ethetics International Group Berhad (EIG), Roderick Chieng dan Pengurus Besar Kanan EIG Pharma Asia, Corina Lee.
Tambah Shima, set lengkap produk Clinelle Caviar Gold, bukan sahaja membantu menganjalkan, malah turut meningkatkan kelembapan, membaiki dan mengurangkan garis-garis halus serta kedutan.
Ini disebabkan bahan-bahan semula jadi seperti ekstrak kaviar (emas hitam), 24k nano emas dan tumbuhan emas phyto memberikan kesan antipenuaan cepat dan berpanjangan.
"Selain Firming Cleanser, Firming Lotion, Firming Eye Serum, Firming Serum, Firming Cream dan Firming Facial Mask, saya turut mengaplikasi Clinelle Caviar Gold Treatment Concentrate setiap pagi dan malam.
"Aromaterapi terkandung di dalamnya menenangkan kulit wajah dan minda. Tambahan pula, teksturnya yang ringan memudahkan ia menyerap serta-merta ke dalam kulit wajah termasuk ideal dijadikan primer sebelum menyolek," jelasnya yang anggun dalam persalinan gaun mini rona kuning keemasan.
Produk Clinelle Caviar Gold Treatment Concentrate diperkaya dengan enam ekstrak minyak botani seperti seabuckthorn antioksida, badam manis, avocado, benih meadowfoam, benih macadamia dan hazelnut.
Ekstrak minyak avocado yang kaya dengan omega-3 dan vitamin A, D dan E misalnya, bertindak untuk kelembapan kulit secara mendalam, manakala ekstra minyak seabuckthorn antioksida pula melindungi kulit daripada radikal bebas.
Selain mengaplikasi Clinelle Caviar Gold Treatment Concentrate, Shima turut melakukan rejim kecantikan sampingan seperti:
- Pilih set penjagaan kecantikan bersesuaian dengan kondisi kulit wajah
- Amalkan minum antara tiga hingga empat liter air putih untuk mengekalkan kelembapan
- Menikmati tidur berkualiti supaya badan kekal cergas dan elak lingkaran hitam di bawah mata
- Berfikiran positif dan ceria
INFO
Clinelle Caviar Gold Treatment Concentrate
Harga: RM89.90 (20ml)
Lokasi: Watson di seluruh negara