Seorang kritikal susulan letusan gunung berapi di NZ

Iklan
Gambar dari Institut Geologi dan Sains Nuklear New Zealand menunjukkan letusan gunung berapi White Island hari ini.

WELLINGTON - [DIKEMASKINI] Sekurang-kurangnya seorang pengunjung berada dalam keadaan kritikal susulan letusan gunung berapi White Island di New Zealand hari ini.

Pihak polis berkata, letusan berlaku kira-kira jam 2.11 petang (waktu tempatan) dan terdapat kira-kira 50 orang berada berhampiran, terdahulu pihak berkuasa menganggarkan kira-kira 100 orang berada di lokasi kejadian ketika letusan berlaku.

Iklan
Iklan

"Antara mangsa yang dibawa ke pantai, sekurang-kurangnya seorang kritikal," kata polis dalam satu kenyataan.

Dalam pada itu, sekurang-kurangnya satu kumpulan terdiri daripada empat pelancong dan seorang juruterbang yang pergi ke pulau itu menaiki helikopter Volcanic Air dilaporkan selamat.

Iklan
Iklan

"Ia telah mendarat di pulau tersebut. Apa yang terjadi selepas itu kami tidak tahu namun kesemua lima mereka selamat kembali ke Whakatane menaiki salah satu bot pelancong," kata seorang jurucakap kepada AFP. - AFP