KOTA BHARU - Ketua Jajahan Kuala Krai, Dr Nik Mohd Azlan Abdul Hadi, 59, meninggal dunia tengah hari tadi akibat serangan jantung.
Pengerusi Kelab Ketua-Ketua Jajahan, Rosnazli Amin berkata, Nik Mohd Azlan menghembuskan nafas terakhir di Hospital Sultan Ismail Petra Kuala Krai, kira-kira jam 12 tengah hari tadi.
Iklan
Iklan
"Saya dimaklumkan beliau terkena serangan jantung ketika berada di pejabatnya. Sama-sama kita doakan segala urusan dipermudahkan," katanya kepada Sinar Harian.
Beliau mula bertugas sebagai Ketua Jajahan Kuala Krai pada 1 Julai 2019.
Nik Mohd Azlan sebelum ini adalah Timbalan Yang Dipertua Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan.
Sementara itu, Menteri Besar Kelantan, Datuk Ahmad Yakob menerusi entri facebooknya mengucapkan takziah kepada keluarga arwah dan seluruh warga Pejabat Tanah dan Jajahan Kuala Krai di atas pemergian Nik Mohd Azlan.
"Semoga roh Allahyarham dicucuri rahmat dan ditempatkan dalam kalangan orang beriman," ucapnya.