Operasi SAR diaktifkan
Iklan
3. MRSC Langkawi telah mengaktifkan operasi SAR bagi mengesan dua orang nelayan tempatan yang dipercayai hilang setelah keluar ke laut di Yan, di sini, pada Jumaat lepas.
ALOR SETAR - Pusat Sub Penyelamat Maritim (MRSC) Langkawi telah mengaktifkan operasi mencari dan menyelamat (SAR) bagi mengesan dua nelayan tempatan di Yan yang dipercayai hilang selepas keluar ke laut Jumaat lepas.
Pengarah Zon Maritim Kuala Kedah Komander Maritim Mahmad Faizal Ahmad berkata, mangsa dikenali sebagai Ng Gua Xian, 44 dan Ng Gou Tong, 34 dipercayai tidak pulang ke Jeti setelah menaiki bot kira-kira jam 9 pagi pada Jumaat lalu.
Iklan
Iklan
Beliau berkata, pihaknya menggunakan pelbagai aset dalam operasi kedua yang bermula sejak jam 7 pagi tadi.
"Antaranya, sebuah pesawat Amphibia Bombadier, sebuah bot Maritim Malaysia, sebuah botAngkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM), sebuah bot Pasukan Gerakan Marin (PPM) dan beberapa bot nelayan tempatan.
Iklan
"Sektor pencarian dibahagikan kepada empat berdasarkan aset terlibat dan kawasan pencarian membabitkan keluasan 995 batu nautika dari lokasi terakhir bot tersebut dipercayai kelihatan," katanya.
Menurutnya, Maritim Malaysia Zon Maritim Kuala Kedah mengalu-alukan bantuan orang ramai terutama komuniti nelayan setempat dengan menghubungi talian 24 Jam iaitu MERS 999 atau Pusat Operasi Maritim Kuala Kedah di talian 04-7310579.
Iklan
<div itemscope itemtype="https://schema.org/VideoObject"><meta itemprop="name" content="YouTuber kongsi pengalaman selamatkan empat mangsa bot karam" /><meta itemprop="description" content="YouTuber kongsi pengalaman selamatkan empat mangsa bot karam
Pengalaman berdepan situasi cemas di tengah laut termasuk menyelamatkan beberapa mangsa tragedi bot karam baru-baru ini membuatkan Pencipta kandungan atau YouTuber dikenali sebagai Mohd Khushairi Mohd Zuki lebih menitik beratkan soal keselamatan setiap kali turun memancing, lapor wartawan Sinar Harian, Mohd Iskandar Othman.
Berkongsi pengalaman bersama rakan menyelamatkan empat nelayan warga Indonesia yang terapung selama empat hari di tengah laut berhampiran Pulau Jarak pada Rabu lalu, Mohd Khushairi berkata, mereka bernasib baik kerana dapat berpaut pada tong ikan dan botol yang diikat pada badan masing-masing.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/698041/edisi/utara/youtuber-kongsi-pengalaman-selamatkan-empat-mangsa-bot-karam
#SinarHarian #BeritaSemasa #selamatkanmangsabotkaram #pulaujarak" /><meta itemprop="uploadDate" content="2024-11-22T08:05:36.000Z" /><meta itemprop="thumbnailUrl" content="https://s2.dmcdn.net/v/XPHuy1dG3kjhIe-Uc/x180" /><meta itemprop="duration" content="P113S" /><meta itemprop="embedUrl" content="https://geo.dailymotion.com/player/xxgjo.html?video=x99kmyk" /><script src="https://geo.dailymotion.com/player/xxgjo.js" data-video="x99kmyk"></script>