Kedah seiring negara turunkan kadar pelepasan karbon
Iklan
Mukhriz (tengah) hadir merasmikan Majlis Pelancaran Sistem OSC 3.0 Plus Online dan Seminar Pematuhan Prosedur Pelan Pemajuan di Menara Majlis Bandaraya Alor Setar (MBAS) hari ini.
ALOR SETAR - Semua Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) di Kedah diharap dapat melaksanakan Program Pembangunan Kejiranan Hijau selaras komitmen Malaysia menurunkan kadar pelepasan karbon negara sebanyak 45 peratus menjelang tahun 2030.
Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Mukhriz Mahathir berkata, program tersebut adalah salah satu konsep perancangan guna tanah yang penting dalam pembangunan hijau.
Iklan
Iklan
"Lima inisiatif telah diperkenalkan kepada PBT untuk melaksana program berkenaan iaitu penyediaan laluan basikal dan laluan pejalan kaki, kebun kejiranan, sistem pengumpulan dan penggunaan semula air hujan, dan program pengkomposan sisa," katanya.
Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan Majlis Pelancaran Sistem OSC 3.0 Plus Online dan Seminar Pematuhan Prosedur Pelan Pemajuan di Menara Majlis Bandaraya Alor Setar (MBAS) hari ini.
Iklan
Hadir sama, Exco Industri dan Pelaburan, Kerajaan Tempatan dan Perumahan Kedah, Tan Kok Yew; Ketua Setiausaha, Kementerian Perumahan Dan Kerajaan Tempatan, Mohammad Mantek dan Datuk Bandar MBAS, Datuk Mohd Zohdi Saad,
Mukhriz berkata, Kerajaan Kedah menggalakkan aktiviti dan pelaburan industri dalam Pelan Induk Tenaga Hijau dan Tenaga Boleh Diperbaharui menjelang tahun 2030.
Iklan
Menurutnya, pelan yang dibangunkan oleh Menteri Besar Kedah Incorporated dengan kerjasama Cypark Resources Berhad dan Kementerian Tenaga, Sains, Teknologi, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim dijangka membuka 30,000 peluang pekerjaan berkepakaran dan berpendapatan tinggi di samping peluang perniagaan dan industri hiliran baharu.
"Negeri Kedah bersedia menyahut saranan ke arah mewujudkan bandar rendah karbon melalui inisiatif seperti penggunaan sistem penuaian air hujan, penggunaan lampu LED, penggunaan sistem kuasa solar dan menggalakkan pembangunan skim teknologi hijau.
Mukhriz berkata, MBAS antara 10 PBT di Malaysia sebagai PBT rintis di dalam pembangunan sistem OSC 3.0 Plus Online.
"Saya difahamkan sistem ini dirangka berdasarkan kepada manual OSC 3.0 Plus. Manual ini akan menjadi panduan utama bagi melaksanakan pengurusan hal ehwal pemajuan oleh Unit Pusat Setempat (OSC) PBT serta pelbagai agensi atau jabatan lain yang terlibat.
"Manual ini juga akan menjadi rujukan utama kepada semua pihak lain yang berkepentingan, terutamanya pemain industri seperti perunding profesional dan pemaju dalam memudahcara urusan permohonan pelan pemajuan di PBT," katanya.
Pengalaman berdepan situasi cemas di tengah laut termasuk menyelamatkan beberapa mangsa tragedi bot karam baru-baru ini membuatkan Pencipta kandungan atau YouTuber dikenali sebagai Mohd Khushairi Mohd Zuki lebih menitik beratkan soal keselamatan setiap kali turun memancing, lapor wartawan Sinar Harian, Mohd Iskandar Othman.
Berkongsi pengalaman bersama rakan menyelamatkan empat nelayan warga Indonesia yang terapung selama empat hari di tengah laut berhampiran Pulau Jarak pada Rabu lalu, Mohd Khushairi berkata, mereka bernasib baik kerana dapat berpaut pada tong ikan dan botol yang diikat pada badan masing-masing.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/698041/edisi/utara/youtuber-kongsi-pengalaman-selamatkan-empat-mangsa-bot-karam