Rezeki Nadzrul Zarfan bertemu Mufti Wilayah Persekutuan

Iklan
Dr Zulkifli mendengar kemerduan suara adik Nadzrul membaca surah al-Fatihah pada pertemuan itu.

KUALA LUMPUR - Kanak-kanak yang tular mengutus surat kepada pengurusan sebuah surau selepas dihalang solat saf pertama berkesempatan bertemu dengan Mufti Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad al-Bakri hari ini.

Pertemuan Nadzrul Zarfan Sharul Azly, 10, di pejabat mufti itu ditemani oleh kedua ibu bapanya dan kanak-kanak itu berpeluang menceritakan pengalaman sebenar dilaluinya.

Iklan
Iklan

Video berdurasi 31 minit itu dimuat naik di Facebook rasmi Mufti Wilayah Persekutuan, turut memperdengarkan kemerduan suara Nadzrul Zarfan membaca surah al-Fatihah dan doa qunut selepas diminta mufti.

Zulkifli juga memberi nasihat kepada kanak-kanak itu selain mendoakan menjadi anak yang soleh.

Iklan

"Orang tua kita hormat, ibu bapa kita hormat, guru-guru kita hormat.

"Sikap yang ditunjukkan oleh anakanda Nadzrul ni baik sebenarnya, kurang-kurang masalah ni memberi kecelikan kepada pihak agamawan dan pihak ustaz.

Iklan

"Memang ada khilaf satu-satu (perkara) tu. Jadi yang penting kita tafsirkan khilaf yang rahmah seperti ini menyebabkan masing-masing baik,” katanya.

Dalam paparan itu, jelas Dr Zulkifli menandatangani beberapa buku agama sebelum diserahkan kepada kanak-kanak tersebut.

Pertemuan dan perbualan cukup bermakna itu diakhiri dengan doa kebaikan dan kebahagiaan.

ARTIKEL BERKAITAN: 'Saya dah bersunat, jangan halau dari saf pertama'

Baru-baru ini, tular di laman sosial apabila Nadzrul menulis surat meminta penjelasan lanjut daripada imam, pengerusi serta ahli jawatankuasa surau yang menghalangnya menunaikan solat di saf hadapan.

ARTIKEL BERKAITAN: 'Kalau jumpa pak cik di mana-mana nanti, kenalkan diri ya'

Penularan itu mendapat reaksi dari Dr Zulkifli dan netizen lain yang memuji sikap kanak-kanak terbabit.