Banjir di Kelantan pulih sepenuhnya

Iklan

KOTA BHARU - Gelombang pertama banji di Kelantan yang bermula pada penghujung November lalu pulih sepenuhnya hari ini berikutan cuaca baik.

Jumlah terakhir 66 mangsa banjir melibatkan 20 keluarga di Tumpat dan Pasir Mas sudah dibenarkan pulang dan kesemua pusat pemindahan sementara ditutup sejak jam 12.30 tengah hari tadi.

Iklan
Iklan

Bagaimanapun berdasarkan publicinfobanjir pula, hanya Sungai Golok di Rantau Panjang masih melepasi paras berjaga-jaga iaitu 7.80 meter (berjaga-jaga 7 meter).

ARTIKEL BERKAITAN: Mangsa banjir di Kelantan cecah 13,000 orang

Sebelum ini jumlah mangsa banjir di Kelantan melibatkan sembilan jajahan melebihi 13,000 orang.

Iklan

Pasir Mas merupakan jajahan yang paling teruk dilanda banjir.

Sementara itu, Kelantan dijangka akan berdepan dengan banjir gelombang kedua bermula pada 25 Disember ini.

ARTIKEL BERKAITAN: Rantau Panjang 'lumpuh'

Iklan