Anak fail saman periksa tahap mental Samy Vellu

Iklan
Samy Vellu

KUALA LUMPUR - Datuk Seri S Vell Paari memfailkan saman pemula terhadap bekas Presiden MIC, Tun S Samy Vellu bagi mendapatkan perintah mahkamah untuk menentukan tahap kesihatan mental bapanya itu.

Vell Paari, 57, sebagai plaintif memfailkan saman itu di kaunter pendaftar Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur melalui Tetuan Mathews Hun Lachimanan pada 2 Disember lalu dengan menamakan Samy Vellu, 82, sebagai defendan.

Iklan
Iklan

Berdasarkan saman pemula, plaintif memohon siasatan diadakan untuk menentukan sama ada defendan mempunyai masalah mental serta tidak berupaya untuk menguruskan diri dan hal ehwal dirinya.

Plaintif membuat permohonan itu mengikut Seksyen 52 Akta Kesihatan Mental 2001 bagi menentukan tempoh masa bapanya mengalami kecelaruan mental.

Iklan

Selain itu, ia bagi menentukan sama ada defendan berupaya memberi arahan kepada peguam untuk bertindak bagi pihaknya serta jenis harta dimiliki Samy Vellu.

Vell Paari menamakan bapanya itu sebagai defendan tunggal.

Iklan

Sementara itu, Vell Paari melalui afidavit sokongannya berkata ibunya, Toh Puan R Indrani, 79, dan adik perempuannya, S Mangayerkarasi, 56, tahu mengenai permohonannya dan akan membuat afidavit berasingan bagi mengesahkan sokongan mereka.

"Saya dan bapa tiada masalah dalam hubungan kami. Malah, menjelang 2017 lalu, bapa saya memberikan kebenaran pada saya untuk menguruskan kewangan dan hal ehwal peribadinya demi kebaikan beliau dan keluarga,” katanya.

Samy Vellu berkhidmat sebagai Ahli Parlimen Sungai Siput selama lapan penggal dari September 1974 hingga Mac 2008.

Bermula 1978, Samy Vellu dilantik sebagai Timbalan Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan kemudian menjadi Menteri Kerja Raya dan Menteri Tenaga, Telekom dan Pos.

Beliau sekali lagi menjadi Menteri Kerja Raya sehingga kehilangan kerusi Parlimen kepada Michael Jeyakumar Devaraj dari Parti Sosialis Malaysia (PSM) yang bertanding atas tiket Parti Keadilan Rakyat (PKR) pada pilihan raya umum Mac 2008.