411 individu rasuah ditangkap di Sabah sejak 2015

Iklan

KOTA KINABALU - Seramai 411 orang terdiri dari sektor awam, swasta serta orang awam di negeri ini telah ditangkap kerana melakukan kesalahan rasuah sejak 2015 sehingga kini.

Ketua Pengarah Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Latheefa Koya berkata, dalam tempoh yang sama sebanyak 2,318 maklumat telah diterima oleh SPRM Negeri Sabah.

Iklan
Iklan

Angka ini agak membimbangkan dan langkah sewajar perlu diambil agar gejala rasuah dapat dibanteras dan menjadikan negeri Sabah, negeri bersih daripada rasuah, katanya pada Program Integriti dan Anti Rasuah Kerajaan Negeri Sabah sempena sambutan Hari Anti Rasuah Antarabangsa yang disempurnakan oleh Ketua Menteri Datuk Seri Mohd Shafie Apdal.

Dalam pada itu, Latheefa berkata, dalam usaha menggalakkan penjawat awam untuk tampil melaporkan sebarang penawaran wang rasuah kepada SPRM, kerajaan telah mewujudkan satu mekanisme khusus untuk memberikan pengiktirafan kepada penjawat awam melaporkan kes rasuah.

Iklan

Katanya, ia menerusi ‘Garis Panduan Pengiktirafan kepada Penjawat Awam Yang Melaporkan Pemberian Atau Penerimaan Rasuah’ dan ini sekaligus meningkatkan lagi imej sektor awam dan persepsi baik bahawa penjawat awam tidak berkompromi dengan rasuah.

Pada 30 Oktober lepas, SPRM telah memperakukan kepada kerajaan untuk memberikan pengktirafan kepada 40 penjawat awam yang berjaya melaporkan penawaran rasuah kepada SPRM.

Iklan

Katanya, ganjaran serta surat penghargaan akan diberikan sebagai pengiktirafan kepada individu berkenaan atas usaha pelaporan itu.

Beliau berkata, inisiatif berkenaan selari dengan surat dikeluarkan pejabat Ketua Setiausaha Negara pada tahun 2011 bertajuk ‘Garis Panduan Pengiktirafan kepada Penjawat Awam Yang Melaporkan Pemberian Atau Penerimaan Rasuah’. - Bernama