JOMBANG - INDONESIA. Hasrat sepasang kekasih mahu memadu asmara tergendala selepas mereka ditangkap penduduk dan pihak berkuasa.
Kedua-dua remaja berusia 18 tahun itu dikenali sebagai NAS dari Sukorame, Lamongan dan SF dari Sukosewu, Bojonegoro dilaporkan mahu melakukan hubungan seks ketika diserbu oleh penduduk dan polis di rumah kosong di Jalan Brigjen Kretarto, Desa Sambong Dukuh, Jombang Kota.