AHMAD Idham Ahmad Nadzri akan melepaskan kerusi Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Perbadanan Kemajuan Filem Nasional (Finas) bermula 10 Mac depan.
Pengumuman itu dibuat Lembaga Pengarah Finas dan dikongsi menerusi kenyataan media yang diedarkan hari ini.
Iklan
Iklan
Kenyataan dikeluarkan Unit Komunikasi Korporat Finas itu memberitahu, Lembaga Pengarah Finas meluluskan permohonan Ahmad Idham untuk memendekkan tempoh kontrak perkhidmatan kepada 10 Mac depan atas alasan peribadi.
Laporan Astro Awani pada minggu lalu melaporkan spekulasi mengenai pengunduran Ahmad Idham rancak diperkatakan oleh pemain industri perfileman tanah air.
Ia menyebut, kedudukan Ahmad Idham 'tidak lagi selamat' dan berkemungkinan jawatan CEO akan digantikan dengan individu lain.
Dalam perhimpunan bersama pegawai dan kakitangan Finas, Ahmad Idham telah mengumumkan beliau akan mula bercuti minggu depan selama tiga bulan.
ARTIKEL BERKAITAN: Ahmad Idham dilantik Ketua Pegawai Eksekutif Finas