Gesa kerajaan segera bertindak
Iklan
Enam Tuntutan Politik #MalaysiaTanpaRasuah tidak dipandang serius oleh kerajaan, ahli Parlimen
SHAH ALAM - Pasukan #RasuahBusters dan rakan gabungannya sekali lagi tampil mendesak kerajaan dan 220 ahli Parlimen supaya meminda segera undang-undang membabitkan Enam Tuntutan Politik #MalaysiaTanpaRasuah yang dikemukakan mereka pada September tahun lalu.
Ketua Pasukan #RasuahBusters, Datuk Hussamuddin Yaacub berkata, walaupun sudah hampir setahun tuntutan itu dibuat, tidak nampak keseriusan kerajaan dan 220 ahli Parlimen selaku penggubal undang-undang untuk meminda akta berkaitan.