Bukan mahu jadi PM kali ketiga
Iklan
Dr Mahathir perjelaskan keputusan U untuk bertanding PRU15 selepas dipujuk pemimpin Pejuang
KUALA LUMPUR - Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad menolak dakwaan hasratnya mahu kembali bertanding pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) adalah bertujuan untuk menjadi perdana menteri kali ketiga.
Beliau, menegaskan keputusan pusingan ‘U’ untuk kembali bertanding pada PRU15 dibuat setelah didesak pemimpin Pejuang.