Ibarat diberi nyawa kedua
Iklan
Rosman bersyukur tidak lagi terjebak dalam kegiatan lumba haram
KUALA SELANGOR - Ibarat diberi nyawa kedua, seorang juruteknik yang pernah terjerumus dalam kancah mat rempit bersyukur kerana terselamat dalam kemalangan yang hampir meragut nyawanya pada Disember 2014.
Rosman (bukan nama sebenar), 23, berkata, kejadian berlaku semasa dia dan 15 rakan lain menguji kehandalan masing-masing menunggang motosikal di atas jalan raya.