Diganggu dua kali di tempat kerja
Iklan
Jurujual pasar raya trauma jadi mangsa gangguan seksual
SHAH ALAM - Seorang bekas jurujual sebuah pasar raya di Kuala Lumpur pernah berhadapan dengan gangguan seksual sebanyak dua kali di tempat kerjanya.
Mangsa yang ingin dikenali sebagai Rara berkata, kedua-dua gangguan itu berlaku ketika dia bekerja separuh masa bagi menjana pendapatan untuk menampung pengajiannya di universiti.