Pesakit jantung kronik perlukan RM15,000

Iklan
Afrizam kelihatan lemah ketika menerima rawatan di hospital sebelum ini.

BACHOK - Bapa kepada tiga anak buntu memikirkan untuk mendapatkan RM15,000 bagi menampung kos pembedahan jantung kronik yang bakal dilakukan minggu hadapan.

Afrizam Drawi @ Md Arif, 40, berkata, dia menghidap penyakit jantung kronik iaitu jantung lemah dan injap jantung bermasalah yang kemungkinan dialaminya sejak lahir.

Iklan
Iklan

Bukan setakat itu sahaja, dia juga turut menderita akibat penyakit batu sebesar 1.7 sentimeter di dalam hempedu yang turut dikesan oleh doktor pada Ogos lalu.

"Pada mulanya saya ingatkan hanya gastrik biasa, rupa-rupanya bukan. Terkejut apabila doktor sahkan saya hidap sakit jantung kronik dan perlu segera dibedah elak serangan berulang lagi,” katanya ketika ditemui di rumahnya di Kampung Pak Badol hari ini.

Iklan

Afrizam yang bekerja sebagai jurujual di sebuah syarikat swasta memberitahu, doktor turut mengesahkan jantungnya juga sangat lemah yang mana berfungsi hanya 29 peratus.

"Sebelum ini saya sudah menjalani prosedur Angiogram dan Angioplasti untuk memasang sten, namun usaha berkenaan gagal berikutan jantungnya tersumbat 100 peratus pada tiga saluran,” katanya yang mendapatkan rawatan di Hospital Universiti Sains Malaysia.

Iklan

Tambahnya, pada Rabu ini dia perlu dimasukkan ke wad bagi menunggu giliran untuk menjalani pembedahan pintasan dan membaiki atau menukar injap yang dijadualkan dibuat 15 Disember ini.

Katanya, pakar juga memberitahu jika dibandingkan dengan pesakit lain, pembedahan yang bakal dilaluinya nanti berisiko tiga kali ganda daripada biasa.

"Ini memandangkan jantung saya sangat lemah. Selepas pembedahan juga saya perlu berada di wad dalam tempoh agak lama bagi membolehkan fungsi jantung meningkat sekurang-kurangnya 45 peratus,” katanya.

Katanya, selepas enam bulan menjalani pembedahan jantung, dia juga perlu melalui prosedur membuang batu di dalam hempedu.

Katanya, dia hanya memperoleh gaji bersih RM1,200 sebulan dan isterinya, Habsah Ismail,40, hanya seorang suri rumah dan perlu menampung tiga lagi anak yang masih bersekolah, dia tidak mampu untuk mengumpulkan wang tersebut apatah lagi dengan kudratnya yang kini terbatas.

Orang ramai yang ingin membantu meringankan beban Afrizam boleh menyalurkan sumbangan ke akaun Maybank 153010407852 (Habsah Ismail) atau boleh menghubungi talian 010-9261998.