RM245,000 lesap, rumah hanya siap tiang dan dinding sahaja
Iklan
SHAH ALAM - Seorang pemilik rumah kecewa kerana impiannya mahu menduduki kediaman baharu selepas bersara tidak kesampaian setelah menjadi mangsa penipuan kontraktor tidak berlesen.
Kakitangan awam yang hanya ingin dikenali sebagai Salima, 54, terpaksa menjual sebuah rumah miliknya bagi menampung keperluan membina rumah baharu dengan harga keseluruhan RM245,000 di tanah lot yang dibelinya di Kajang, Selangor.