534 projek perumahan bermasalah
Iklan
417 adalah projek sakit manakala 117 lagi projek terbengkalai
SHAH ALAM - Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) merekodkan sebanyak 534 projek perumahan bermasalah di dalam negara dengan 417 daripadanya merupakan projek sakit manakala 117 lagi adalah projek terbengkalai.
Berdasarkan Statistik Projek Perumahan Swasta Mengikut Kategori sehingga 30 Jun 2020, 417 projek perumahan sakit itu melibatkan 84,498 unit rumah dan 38,070 pembeli.