RUU memberi sinaran dan harapan baharu
Iklan
KETIKA membuat tinjauan tidak empirikal, seorang pengundi dewasa dengan tegas mengatakan;"Saya tidak akan mengundi dalam pilihan raya akan datang (Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15)”.
Alasannya mudah. Dia kecewa dengan apa yang berlaku sejak selepas PRU14. Oleh itu, katanya, dia akan tunggu dan lihat serta kemungkinan besar tidak keluar mengundi kali ini, kecuali ada sesuatu yang boleh meyakinkan dia. Dia ialah antara sebahagian besar pengundi yang mengatakan demikian.