MP Bebas masih ada masa untuk putuskan hala tuju
Iklan
Pindaan RUU anti lompat parti lulus, apa kata MP Bebas?
SHAH ALAM - Ahli Parlimen berstatus Bebas masih mempunyai masa untuk memutuskan pendirian hala tuju politik terkini mereka, sekalipun pindaan Rang Undang Undang (RUU) Perlembagaan (Pindaan) (No 3) 2022 berkenaan peruntukan Larangan Ahli Parlimen Bertukar Parti diluluskan Dewan Rakyat pada Khamis.
Ahli Parlimen Kuala Langat, Datuk Dr Xavier Jayakumar berkata, hal itu kerana prosesnya masih perlu melalui pembentangan dan perbahasan di Dewan Negara serta perkenan Yang di-Pertuan Agong, dengan kerajaan menetapkan garis masa ia bakal dikuatkuasakan pada bulan September ini.