Pengiktirafan wanita di dua masjid suci
Iklan
Golongan wanita buat pertama kalinya berada di barisan hadapan dalam pengurusan ibadat haji yang berlangsung baru-baru ini
SEBUAH institusi yang bertanggungjawab ke atas dua masjid paling suci di Arab Saudi merancang untuk melakukan rombakan pentadbiran dengan tujuan untuk memperkasakan lagi kedudukan wanita dan golongan muda di negara beraja itu.
Perubahan itu berlaku selaras dengan lonjakan kualitatif untuk memperkasakan golongan wanita di sektor awam dalam rangka kerja sempena dengan Wawasan 2030 yang bertujuan untuk meningkatkan penyertaan mereka dalam pasaran buruh dan jawatan awam.