Terkenang pesanan arwah jangan jadi tukang bawa fail 'projek'
Iklan
PASTINYA ramai yang berduka cita apabila pagi ini kita didatangi dengan berita sedih pemergian seorang tokoh hebat yang cukup terkenal dengan sifatnya yang tegas dan disegani ramai iaitu Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.
Allahyarham Abdul Khalid, 76, menghembuskan nafas terakhirnya di Hospital Cardiac Vascular Sentral, Kuala Lumpur, jam 11.08 malam tadi dan pernah dilaporkan masuk ke hospital pada April dan Julai lalu akibat jangkitan kuman pada injap jantung.