M40 guna RON95 dua kali ganda berbanding B40
Iklan
PEMBENTANGAN Bajet 2023 di Parlimen pada Oktober nanti akan memberi tumpuan kepada pembaharuan dan memperkukuhkan daya tahan negara bagi menyokong momentum pertumbuhan ekonomi.
Penyediaan Bajet 2023 turut mengambil kira kesejahteraan semua golongan rakyat termasuk golongan M40 yang kini merupakan antara penerima manfaat terbesar subsidi menyeluruh meliputi bahan api, air dan elektrik.