PRK Cameron Highlands: 'Peluang BN menang cerah jika...'

Iklan
noh

SHAH ALAM - Ahli Majlis Tertinggi Umno, Tan Sri Noh Omar, berpendapat peluang BN mengekalkan kemenangan lebih cerah pada PRK Cameron Highlands, 26 Januari ini jika meletakkan calon Umno.

Menurutnya, bukan menidakkan keupayaan calon MIC, namun dalam situasi sekarang calon Umno diyakini lebih dekat dengan rakyat berdasarkan kelebihan pengundi Melayu di Parlimen itu.

Iklan
Iklan

"Apa pun lebih penting lagi adalah kita mengekalkan semangat BN dalam semua parti komponen.

"Kita kena tengok suasana sekarang. Bagi mendapatkan kejayaan lebih cerah di Parlimen Cameron Highlands saya rasakan kita perlu letakkan calon daripada Umno," katanya kepada Sinar Harian.

Iklan

Menurut Ahli Parlimen Tanjung Karang itu lagi, meskipun secara tradisinya kerusi itu diberikan kepada MIC, namun perubahan perlu dilakukan pada PRK kali ini bagi memastikan peluang BN mengekalkan kemenangan tercapai.

"Kita tidak kata MIC tidak layak (bertanding pada PRK kali ini). Tetapi kita perlu lakukan perubahan seiring dengan suasana semasa," katanya.

Iklan

[ARTIKEL BERKAITAN: PRK Cameron Hinglands: Najib yakin BN kekal menang]

ARTIKEL BERKAITAN: PH umum Manogaran calon PRK Cameron Highlands]

[ARTIKEL BERKAITAN: Kayveas sah rebut Parlimen Cameron Highlands]

PRK Parlimen Cameron Highlands diadakan selepas Mahkamah Pilihan Raya pada 30 Oktober lepas, membatalkan kemenangan calon BN Datuk C Sivarraajh pada PRU14 ekoran berlaku unsur rasuah untuk mendapatkan undi.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan 12 Januari ini sebagai tarikh penamaan calon.