PH perlu terbuka kerjasama dengan UMNO jika...
Iklan
Amanah, PH sedia bentuk koalisi dengan mana-mana pihak jika tiada parti berjaya bentuk kerajaan pada PRU15
SHAH ALAM - Parti Amanah Negara (Amanah) dan Pakatan Harapan (PH) perlu terbuka mengadakan perbincangan dengan mana-mana parti di luar kerangka koalisi itu termasuk UMNO untuk membentuk kerajaan jika tiada parti mendapat majoriti pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).
Bagaimanapun, Timbalan Presiden Amanah, Datuk Seri Salahuddin Ayub menegaskan cadangan itu hanya akan dipertimbangkan Amanah dan PH, jika tiada mana-mana koalisi atau parti yang mencapai sokongan majoriti dan berjaya membentuk kerajaan secara bersendirian.