GEG: Jangan sekadar akta tanpa kuat kuasa
Iklan
Walaupun ramai yang mungkin bersetuju, namun ada juga yang melihat RUU Kawalan Produk Tembakau dan Merokok 2022 seolah-olah satu diskriminasi dan akta dua darjat terhadap golongan muda.
BIARPUN Rang Undang-Undang (RUU) Kawalan Produk Tembakau dan Merokok 2022 yang antara lain bermatlamat mewujudkan 'Generational End Game (GEG)' atau generasi penamat perokok mungkin diluluskan oleh Dewan Rakyat, namun dari segi pelaksanaannya adalah tidaklah semudah 'A, B, C.
Walaupun ramai yang mungkin bersetuju dengan cadangan mengharamkan generasi muda yang dilahirkan selepas 1 Januari 2007 menggunakan sebarang produk berasaskan tembakau, namun ada juga yang melihat akta ini seolah-olah satu diskriminasi dan akta dua darjat.