'Tidak kisah digelar penderhaka asalkan boleh kaya'
Iklan
SHAH ALAM - Presiden Parti Pejuang Tanah Air (Pejuang), Datuk Seri Mukhriz Mahathir menegaskan mereka yang terlibat dalam skandal perolehan enam kapal tempur pesisir (LCS) tidak kisah digelar 'penderhaka' negara asalkan dapat menambahkan kekayaan diri.
Malah katanya, mereka yang terlibat itu hanya memikirkan kepentingan peribadi dan langsung tidak mengendahkan pentingnya meletakkan kedaulatan negara di tempat tertinggi.