RUU Sumbangan Politik dapat elak rasuah, salah guna kuasa
Iklan
SHAH ALAM - Rang Undang-Undang (RUU) Sumbangan Politik yang akan dibentangkan di Parlimen, pada Oktober depan, adalah satu lagi penanda aras transformasi pentadbiran dan kerajaan pimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.
Sebelum ini, kerajaan pimpinan Ismail Sabri mencatatkan sejarah tersendiri apabila berjaya mendapat sokongan padu hampir semua ahli Parlimen ketika membentangkan RUU Akta Perlembagaan (Pindaan) (No. 3) 2022 dan Larangan Ahli Dewan Rakyat melompat parti pada 28 Julai lalu.