31 kerusi panas jadi rebutan
Iklan
27 kerusi dijangka terlepas kepada PH sekiranya Pas, UMNO bertembung
SEBANYAK 31 kerusi Parlimen yang menjadi idaman parti-parti politik di negara ini menjelang Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15).
Berdasarkan data undi PRU14 yang dikeluarkan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), sebuah badan penyelidikan politik tempatan, O2 Research Malaysia melalui satu analisis pada tahun lalu mengunjurkan sekurang-kurangnya 27 kerusi Parlimen milik blok pembangkang berpotensi dimenangi UMNO-Pas pada PRU15 sekiranya koalisi Muafakat Nasional (MN) berjaya direalisasikan secara tidak rasmi.