Minyak masak ditukar dengan rokok
Iklan
Sindiket guna bot jongkong dan bot kecil, aktif waktu malam hingga awal pagi
SHAH ALAM - Sindiket penyeludupan minyak masak bersubsidi dikesan aktif melakukan kegiatan secara barter trade dengan rokok dari Filipina.
Mendedahkan perkara itu, Pengarah Maritim Sabah dan Wilayah Persekutuan Labuan, Laksamana Pertama Maritim Datuk Mohd Rosli Abdullah berkata, sindiket penyeludupan itu dikesan menggunakan bot jongkong serta bot kecil dan aktif pada waktu malam hingga awal pagi mengikut air pasang surut.