‘Ramai lupa sejarah jambatan gantung’

Iklan
Kemudahan ini tidak digunakan sejak tahun 1986 lagi selepas jambatan baharu yang terletak bersebelahan siap sepenuhnya sekali gus menggantikan peranan Jambatan Gantung Sultan Ismail.

KUALA KRAI - Jambatan Gantung Sultan Ismail di Jalan Machang-Kuala Krai berhampiran Bukit Sireh di sini merupakan antara mercu tanda gah yang terbiar sekali gus menghilangkan seri serta peranan yang pernah dimainkan sebagai nadi perhubungan pengangkutan darat sekitar tahun 1930-an.

Jambatan gantung merentangi Sungai Kuala Nal yang berkonsepkan seni bina Eropah itu mula dibina semasa British menduduki negeri ini pada tahun 1920-an. Ia dibina menggunakan besi keluli yang begitu kuat dan kukuh.

Kemudahan itu dibuka secara rasminya oleh Sultan Ismail Sultan Muhammad IV pada 19 April 1932 dan menjadi laluan utama menghubungkan Kota Bharu dengan Kuala Krai.

Terima kasih kerana membaca dan menyokong kewartawanan yang bebas, eksklusif dan kritis.
Nikmati pelbagai lagi keistimewaan langganan yang tersedia dengan melanggan Sinar Premium!!
Artikel Tanpa Had Akses mana-mana artikel dimana jua
Harga bermula dari
RM 6.90 - RM 66.20
1 bulan / 12 bulan
Langgan dengan
Log Masuk atau Daftar Akaun untuk membaca artikel ini.