Selebriti elak baca komen negatif, kurang sakit hati
Iklan
Penyanyi, pelakon dan individu berpengaruh mengakui elak baca komen terutamanya yang berunsur negatif di media sosial bagi mengelakkan rasa tertekan
SHAH ALAM - Kebanyakan selebriti mahupun individu berpengaruh mengakui mengelak untuk membaca komen terutamanya yang berunsur negatif di media sosial untuk mengurangkan rasa sakit hati.
Selebriti versatil, Shiha Zikir yang turut tidak terlepas dengan kritikan negatif netizen berkata, beliau seboleh-bolehnya tidak akan menjebakkan diri dalam situasi yang akan membuat dirinya berasa tertekan.