Sakit mental layan media sosial
Iklan
Komen negatif atau menghina di media sosial boleh menyebabkan individu mengalami pergolakan emosi
SHAH ALAM - Komen negatif, kenyataan menghina atau memperlekehkan individu di laman media sosial boleh menyebabkan mangsa menghadapi pergolakan emosi seterusnya berisiko mengalami masalah kesihatan mental.
Presiden Persatuan Kesihatan Mental Malaysia, Profesor Datuk Dr Andrew Mohanraj berkata, ada antara mangsa buli siber juga cenderung untuk berfikir dan merancang membunuh diri.