'PM yang kurang bercakap, tapi kerja kuat'
Iklan
'Gencatan politik' dengan pembangkang membolehkan Ismail Sabri melaksanakan tugasnya dengan lebih berkesan
PENGANALISIS politik dan pakar ekonomi menyifatkan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, adalah seorang Perdana Menteri yang kurang bercakap, namun kuat bekerja bagi memulihkan ekonomi negara kepada kehidupan lebih baik dari semasa ke semasa.
Ini terbukti apabila dalam diam Naib Presiden UMNO merangkap Ahli Parlimen Bera itu mengatur strategik paling tidak disangka apabila mewujudkan perjanjian kerjasama rasmi dengan pembangkang bagi mengekalkan kestabilan politik di Malaysia.