Sumpah Najib tidak relevan di mahkamah
Iklan
Pakar undang-undang jelaskan sumpah laknat tersebut adalah tidak relevan dan tidak terpakai di mahkamah sivil
SHAH ALAM - Sumpah mubahalah atau sumpah laknat oleh Datuk Seri Najib Tun Razak yang menafikan penglibatannya dalam kes penyelewengan dana berjumlah RM42 juta milik SRC International sama sekali tidak akan mempengaruhi keputusan mahkamah.
Pakar undang-undang Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), Profesor Dr Nik Ahmad Kamal Nik Mahmod berkata, sumpah laknat tersebut adalah tidak relevan dan tidak terpakai di mahkamah sivil.