'Kunci Anwar ke Putrajaya di tangan Azmin'

Iklan
Penganalisis berpendapat laluan Anwar ke Putrajaya kini tambah berliku.

SEBAIK Kongres Nasional PKR 2019 yang diadakan di Pusat Dagangan Antarabangsa Melaka (MITC) menutup tirai kelmarin, kemelut dalaman parti berusia 20 tahun itu tidak dapat disembunyikan lagi.

Timbalan Presiden PKR, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali bersama pendokong di belakangnya secara lantang mengkritik perjalanan kongres yang disifatkan sebagai satu pentas penghinaan buat kem Azmin yang diejek sebagai pengkhianat.

Iklan
Iklan

Kisah Si Kitol dan Raja Mendeliar serta caci maki itu menyebabkan krisis dalaman PKR terus parah walaupun sebelum ini ada usaha daripada pimpinan PKR untuk menjernihkan hubungan Azmin dan Presiden, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Azmin kesal digelar pengkhianat

Iklan

'Anwar tak obses jadi PM kelapan', kata Saifuddin Nasution

"Mungkin Azmin akan kekal tetapi tidak memberi sokongan kepada Anwar. Mungkin juga Azmin menunjukkan sokongan kepada Dr Mahathir untuk melengkapkan kepimpinan selama satu penggal.

"Kalau kita lihat pada hari Sabtu lepas (sesi perbahasan Kongres Nasional PKR), hampir 15 anggota Majlis Pimpinan Pusat (MPP) keluar dewan bersama Azmin,” katanya.

Iklan

Tambah Sivamurugan, terdapat sejumlah ahli Parlimen yang juga secara terang-terangan hadir pada majlis makan malam bersama Azmin di ibu negara yang dapat diterjemahkan sebagai tidak menyokong Anwar sebagai Perdana Menteri kelapan.

'Lebih 80 peratus perwakilan setia bersama PKR'

"Barulah kita boleh lihat sama ada nombor itu memberi kesan kepada pencalonan Anwar,” katanya.

Muhammad Fuad berkata, sekiranya Anwar tidak mendapat sokongan mencukupi daripada PKR, Anwar perlu mengharapkan rakan komponen PH termasuk Sabah dan Sarawak.

Muhammad Fuad

Sejumlah 222 ahli Parlimen di Dewan Rakyat akan menentukan siapa pengganti Dr Mahathir sebagai Perdana Menteri.