Najib terduduk, Rosmah menangis

Iklan
Najib keluar dari Kompleks Mahkamah diiringi kenderaan PDRM selepas didapati bersalah dan dijatuhkan hukuman penjara 12 tahun dan denda RM210 juta. -Foto Bernama

Mahkamah Persekutuan kekalkan sabitan kes SRC bekas Perdana Menteri

SEJURUS selepas Mahkamah Persekutuan di sini pada Selasa memutuskan yang hakim Mahkamah Tinggi tidak khilaf dalam menjatuhi hukuman penjara 12 tahun dan denda RM210 juta ke atas Datuk Seri Najib Tun Razak berhubung kes penyelewengan dana syarikat SRC International Sdn Bhd, bekas Perdana Menteri itu yang sedang berdiri di kandang tertuduh kelihatan terduduk di bangku manakala isterinya, Datin Seri Rosmah Mansor dilihat mengesat air mata menahan sedih dan hiba.

Suasana di dalam bilik perbicaraan yang penuh dengan ahli keluarga dan staf Najib turut suram apabila Rosmah duduk di sampingnya dengan ditemani dua anak mereka, Norashman serta Nooryana Najwa.

Terima kasih kerana membaca dan menyokong kewartawanan yang bebas, eksklusif dan kritis.
Nikmati pelbagai lagi keistimewaan langganan yang tersedia dengan melanggan Sinar Premium!!
Artikel Tanpa Had Akses mana-mana artikel dimana jua
Harga bermula dari
RM 6.90 - RM 66.20
1 bulan / 12 bulan
Langgan dengan
Log Masuk atau Daftar Akaun untuk membaca artikel ini.