Reka bentuk bangunan beri kesan besar kepada penyelenggaraan
Iklan
Penyelenggaraan bangunan boleh ditakrifkan sebagai satu proses membaik pulih bangunan kepada keadaan yang baik dan sesuai digunakan. Pada peringkat reka bentuk, perkara ini kurang dipandang serius kerana fokus hanya pada reka bentuk dan pembinaan sahaja.
Penyelenggaraan bangunan merupakan satu perkara yang tidak boleh dipandang enteng. Hal ini disebabkan kerana peringkat penyelenggaraan merupakan tempoh yang paling lama dalam kitaran hayat bangunan.