UMNO tidak akan 'boikot' Belanjawan 2023
Iklan
Pemimpin UMNO, penganalisis politik tolak andaian sesetengah pihak kononnya ahli Parlimen itu akan menolak usul bajet sebagai tekanan kepada Ismail Sabri.
SHAH ALAM - Semua Ahli Parlimen BN dan UMNO tetapkan akan menyokong Belanjawan 2023 yang bakal dibentangkan oleh kerajaan pimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, pada bulan depan, biarpun pelbagai isu dan kemelut politik melanda negara muktahir ini.
Ini kerana Belanjawan 2023 amat penting bukan hanya untuk membantu golongan berpendapatan rendah (B40) dan pertengahan (M40) meneruskan kelangsungan hidup, malah ia membantu pemulihan dan kemajuan ekonomi negara, pasca pandemik Covid-19.