Tidak salah walaupun di luar kelaziman
Iklan
'Laporan bahawa PM berminat bentang Bajet 2023 tidak salah di sisi undang-undang dan Perlembagaan Malaysia, walaupun bukan satu adat dan kebiasaan'
SHAH ALAM - Sejak seminggu lalu, timbul pelbagai spekulasi mengenai pembentangan Belanjawan 2023 yang dijadualkan akan dibentangkan lebih awal, pada 7 Oktober depan berbanding kebiasaannya, Jumaat terakhir bulan sama.
Terbaharu, timbul cakap-cakap kononnya Bajet 2023 akan dibentangkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, sendiri bukannya Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz, seperti tahun lalu.