Tetapkan calon ikut merit, kredibiliti
Iklan
Bukan guna sistem kuota bagi setiap parti komponen BN
SHAH ALAM - Penganalisis politik berpandangan sistem merit dan kredibiliti calon adalah kaedah terbaik buat Barisan Nasional (BN) menempatkan calon untuk berdepan Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) berbanding kaedah terdahulu iaitu mengikut kuota bagi setiap parti komponen terutamanya melibatkan UMNO, MCA serta MIC.
Profesor Madya, Dr Lee Kuok Tiung dari Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan, Universiti Malaysia Sabah berkata, asalnya sistem kuota yang diguna pakai oleh BN sebelum ini adalah untuk representasi bagi memastikan semua parti komponen mendapat kerusi dan perkongsian kuasa.