Selepas Najib, Rosmah pula dihukum penjara 10 tahun
Iklan
Jika dijatuhkan hukuman penjara untuk tempoh yang lama dan denda yang besar, 'lebih baik bunuh saja saya.' - kata Rosmah
TANGGAL 23 Ogos lalu tragedi hitam menyelubungi sejarah pentadbiran Malaysia apabila Datuk Seri Najib Tun Razak menjadi bekas perdana menteri pertama dipenjarakan susulan kes penyelewengan dana SRC International Sdn Bhd bernilai RM42 juta.
Keputusan sebulat suara Mahkamah Persekutuan menolak rayuan akhir Najib mengetepikan sabitan bersalah, hukuman penjara 12 tahun dan denda RM210 juta sekali gus menyaksikan bekas Ahli Parlimen Pekan itu kini menjadi tahanan di Penjara Kajang.