Kes Najib, Rosmah sudah terjawab! Kini Bung, Zizie pula berdebar

Iklan
Bung Moktar dan Zizie Izette tiba di Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur untuk mendengar keputusan pertuduhan rasuah berjumlah RM2.8 juta berhubung pelaburan unit amanah Public Mutual Berhad.- BERNAMA

Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur memerintahkan kedua-duanya untuk membela diri daripada tiga pertuduhan rasuah berjumlah RM2.8 juta berhubung pelaburan unit amanah Public Mutual Berhad.

SHAH ALAM - Pasangan suami isteri, Ahli Parlimen Kinabatangan, Datuk Seri Bung Moktar Radin dan Datin Seri Zizie Izette Abdul Samad diperintah membela diri oleh Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur pada Jumaat daripada tiga pertuduhan rasuah berjumlah RM2.8 juta berhubung pelaburan unit amanah Public Mutual Berhad.

Hakim Rozina Ayob membuat keputusan itu selepas mendapati pihak pendakwaan berjaya membuktikan kes prima facie terhadap Bung Moktar, 64, dan Zizie Izette, 44, di akhir kes pendakwaan.

Terima kasih kerana membaca dan menyokong kewartawanan yang bebas, eksklusif dan kritis.
Nikmati pelbagai lagi keistimewaan langganan yang tersedia dengan melanggan Sinar Premium!!
Artikel Tanpa Had Akses mana-mana artikel dimana jua
Harga bermula dari
RM 6.90 - RM 66.20
1 bulan / 12 bulan
Langgan dengan
Log Masuk atau Daftar Akaun untuk membaca artikel ini.