Israel bimbang program nuklear Iran
Iklan
Program nuklear Iran tidak disukai oleh Israel kerana ia dikhuatiri menggugat kestabilan
di rantau Asia Barat. - AFP
RUNDINGAN bagi memulihkan semula perjanjian nuklear yang ditandatangani pada 2015 antara Iran dengan Amerika Syarikat (AS) bersama kuasa-kuasa besar nuklear masih belum berakhir.
Perbincangan tersebut belum lagi menemui jalan penyelesaian setelah AS mengambil tindakan bersendirian di bawah pentadbiran bekas Presiden, Donald Trump apabila mengarahkan Washington keluar daripada menyertai Pelan Tindakan Komprehensif Bersama (JCPOA) pada 2018.