Jangan salah buat percaturan
Iklan
Beli rumah lelong berisiko, perlu ada pengetahuan sebelum buat bidaan
SHAH ALAM - Walaupun murah berbanding harga pasaran, orang ramai diingatkan supaya berhati-hati dalam membuat keputusan membeli rumah lelong bagi mengelakkan kerugian lebih besar selepas berjaya membida aset tersebut.
Peguam hartanah, Nurin Nabilah Un berkata, harga rumah lelong sememangnya 30 sehingga 50 peratus lebih murah berbanding pasaran, namun sebenarnya mempunyai kos tersembunyi yang terpaksa dikeluarkan sekiranya pembida tidak berhati-hati.