BN rugi besar kalau KJ tak tanding PRU15
Iklan
Menantu Pak Lah itu mungkin bermasalah bertanding di kawasan lain kerana sudah terlalu lama di Rembau
SHAH ALAM - BN dan UMNO akan berdepan kerugian besar jika Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin tidak bertanding di mana-mana kerusi Parlimen, pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) akan datang.
Pensyarah Kanan Pusat Perdana Fakulti Teknologi dan Informatik Razak, Universiti Teknologi Malaysia (UTM), Dr Mazlan Ali berkata, ini kerana Ahli Parlimen Rembau itu adalah seorang ikon dan mempunyai pengaruh serta aura tersendiri dalam kalangan pengundi terutama generasi muda di negara ini.