Simpan wang dalam bank, main kutu berisiko tinggi
Iklan
SHAH ALAM - Orang ramai dinasihatkan untuk menyimpan wang di dalam bank atau institusi kewangan yang dapat memberikan pulangan berbanding menanggung risiko yang tinggi apabila bermain kutu selain ia turut menyalahi undang-undang.
Pakar kewangan pengguna, Profesor Dr Mohamad Fazli Sabri berkata, apabila orang ramai menyimpan wang di dalam bank atau institusi kewangan, duit yang disimpan itu adalah selamat kerana ia dilindungi Perbadanan Insurans Deposit Malaysia (PIDM).