Bonus penjawat awam dibayar 18 Disember

Iklan
Gambar hiasan

PUTRAJAYA - Bantuan Khas Kewangan sebanyak RM500 kepada penjawat awam gred 56 dan ke bawah serta RM250 bagi pesara akan dibuat pada 18 Disember ini.

Menteri Kewangan, Lim Guan Eng berkata, bayaran khas tersebut melibatkan peruntukan sebanyak RM1 bilion.

Iklan
Iklan

"Pembayaran sebelum hujung tahun dibuat antara lainnya untuk membantu ibu bapa di kalangan penjawat awam dengan persiapan untuk persekolahan anak mereka menjelang tahun baharu," katanya dalam kenyataan hari ini.

Guan Eng berkata, bantuan RM500 itu akan memberi manfaat kepada 1.5 juta penjawat awam kerajaan Persekutuan merangkumi pegawai lantikan tetap serta pegawai kontrak.

Iklan

"Bayaran khas sebanyak RM250 pula akan memberi manfaat kepada satu juta pesara termasuk veteran tidak berpencen dan pesara awam tidak menerima pencen bagi mengenang khidmat bakti mereka," katanya.

Bantuan Khas Kewangan tersebut diumumkan Guan Eng dalam ucapan Bajet 2020 pada 11 Oktober lepas. - Bernama

Iklan