Najib mungkin sukar dapat pengampunan Agong - Haniff Khatri
Iklan
Ia berikutan Najib juga masih mempunyai beberapa kes lain dalam perbicaraan di mahkamah
SHAH ALAM - Pakar perundangan berpendapat bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak yang kini menjalani hukuman penjara di atas kesalahan penyelewengan dana Syarikat SRC International Sdn Bhd mungkin sukar mendapat pengampunan Yang di-Pertuan Agong.
Peguam, Mohamed Haniff Khatri Abdulla berkata, perkara itu berdasarkan beberapa alasan yang menyebabkan Ahli Parlimen Pekan itu akan kekal menjalani hukuman penjara buat masa ini.