OPR: Komen Guan Eng melucukan
Iklan
Cadangan bekas Menteri Kewangan, Lim Guan Eng agar Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob membubarkan pasukan petugas khas jihad menangani inflasi berikutan pengumuman kenaikan kadar semalaman (OPR) oleh Bank Negara Malaysia (BNM) beberapa hari lalu sangat mengelirukan.
Menurut Pengerusi DAP itu, pasukan petugas khas yang diketuai oleh Menteri Komunikasi dan Multimedia, Tan Sri Annuar Musa"tidak berkesan, tidak cekap dan tidak relevan” kerana Bank Negara terpaksa menaikkan OPR bagi membendung inflasi.